home
twitter
facebook
tumblr
youtube

8/10/2020

Klinik Pergigian Shaz Scam

Salam sejahtera semua. Di sini, saya akan terangkan secara ringkas & padat tentang pengalaman membuat braces di Klinik Pergigian Syaz. Seperti biasa, perkara pertama sebelum doktor memasang braces adalah dengan proses x-ray (RM130) & mold kit (RM100). Selepas penilitian dilakukan, minor surgery akan dilakukan bagi pesakit  mempunyai gigi bongsu yang akan mengganggu proses pergerakan gigi (1 batang gigi bongsu RM600-RM800).

Selepas membuat minor surgery pada 2 batang gigi (RM600+RM800), saya mula membuat pembayaran untuk kos memasang braces RM2750 (RM2500 braces, RM150 scaling dan RM100 mold kit). Saya juga diberitahu setiap kali appointment dengan doktor RM200 akan dikenakan tidak termasuk kos untuk scaling, tukar wire, dll. 

Lebih kurang 8 bulan ulang-alik ke klinik ni, sususan gigi saya nampak sudah teratur & doktor beritahu dah boleh buka braces. Dalam kiraannya, sepatutnya RM700 akan dipulangkan kerana gigi saya bergerak lebih cepat dari jangkaan. (Kos pemasangan braces RM2500 untuk 12 bulan). Jadinya duit refund tadi doktor dah bersetuju untuk kos membuat pendakap gigi pula. 

Ketika ini, saya bertanyakan betul-betul sekiranya ada kos tersembunyi atau tak kemudian hari. Doktor cakap tak ada. Sebaliknya, beberapa jam sebelum appointment, doktor call dan memberitahu selepas tolak RM700 tu, perlu topup RM1700 untuk kos membuka braces bla bla bla. 

Saya menulis entry ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan klinik tersebut tapi ingin mengingatkan pengguna lain yang akan datang daripada terkena seperti saya. Lebih baik cari klinik lain yang lebih jujur & lebih murah. Biar jauh sedikit tapi berpuas hati dengan servis klinik tersebut. Assalamualaikum..